break even analysis

Monday, March 1, 2010

kita memilih untuk menjamin atau menghabis?

Di zaman yang sedia mencabar dalam segala aspek kehidupan kita, adakah telah kita sediakan sesuatu yang menjamin sekurangnya dalam bentuk simpanan masa depan. mungkin bukan wang berjuta yang diharap tetapi at least sinar cahaya apabila kita dilanda musibah. sudahkan kita memperuntukan sejumlah kecil (small portion) dari pendapatan untuk tabungan masa depan kita, keluarga, anak, isteri/suami, mak ayah..atau sudahkan habiskan gaji setiap bulan yang kita terima sehingga terpaksa makan maggi hujung bulan? jika berlaku kecemasan, adakah kita telah bersedia. tahukah kita bahawa banyak perkara di luar sana yang menggalakkan kita mengeluarkan duit. kita semua mungkin pernah terserempak atau tertembung dengan mereka/perkara ini :

a) agen astro
b) agen kad kredit
c) agen kad gores dan menang (sila jauhi ok)
d) penjual kereta (baik local @ import car)
e) sales di Jusco, sogo, ikea, pavillion, bla2...mahupun giant, tesco..
f) promosi terkini handphone (canggih)

dan bermacam lagi...

Dan kita semua pernah berjumpa dengan mereka ini di mana2:

a) kaunter bank - promosi account saving..simpanan nasional, SSPN, agro bank, bank rakyat...maybank, tabung haji..dan seumpamanya
b) kaunter takaful/insuran
c) pelaburan unit amanah/amanah saham
d) kaunter zakat pendapatan

Tapi, yang mana kita ingin mendekatinya? yang mana akan kita singgah untuk melihat, mendengar dan mendapatkan info? tepuk dada tanyalah hati.

1 comment:

MASYA said...

tp kak mud penjual kerata org x jumpe lg...kat ne ade ek???