break even analysis

Thursday, April 29, 2010

Aku & Plihanraya Hulu Selangor

sebagai seorang pengundi yang bertanggungjawab :p, balik lah kampung untuk mengundi pada 25 April 2010. benda yang memang dijangka sekali adalah perang poster dan sekatan jalanraya. ingatkan nak balik petang sabtu sebab nak gi kelas (dan 3 kelas aku miss)...tak jadi sebab mak x berap sihat. so kena balik awal tambah lagi ngan ayah sibuk kat kampung. dalam pukul 10.30 exit Bukit Tagar. dah agak..memang ada polis punyer...adik polis tu (muke semua merah2 lagi..belum hangit dek berjemur matahari) tahan..tapi x buat ape la..so aku pun meneruskan perjalanan. poster parti bertanding x payah nak cakap lah banyaknyer..sampai jer simpang rumah ada satu poster azab punyer..."Kami menolak kaki b******, k*** J****"..dah lah tuh..letak betul2 depan pagar rumah (sebab kat situ ada mcm tugu kampung kaedahnye)..aduihhh..ini pun ade..aku membayangkan mesti kali ni hebat persaingan calon-calon yang bertanding kecuali yang calon yang dah tarik diri tu..JOHAN JOHAN...ko rupenye yang bertanding calon bebas..pastu tarik diri..apa kes nih..betul ke nak main-main nih..ko saja nak bagi kerja lebih kat SPR yer...aku andaikan perkara itu benar je lah. JOHAN ni kawan kelas aku..sebaya lagi..ingatkan kalu dia tak tarik diri leh aku ngondi tuk dia...wakaka..:p

petang sabtu selepas waktu zohor aku, dilah n emak pergi ke tanjung malim..untuk ke klinik. keadaan di ulu bernam (masih kawasan hulu selangor) tidak kurang hebatnye...selepas selesai jumper doktor and amik ubat, kami pun balik...kena tahan polis kecik tu lagi..(masuk ni dah kali ketiga sebab lalu jalan yang sama). polis tu tanya "nak pergi mana". aku pon jawabla "balik kampung"...nasib baik ko tanya sikit jer...

pada hari ahad 25hb tu, mulalah proses pengundian rasmi. ayah aku awal lagi selepas subuh di masjid dan minum kopi kat kedai, terus gi mengundi. aku ngan dilah gi mengundi lepas siap kemas rumah..sampai di tempat mengundi memang kecoh, happening sungguh. dua parti bertanding berbalas-balas (tapi x gaduh la) sebab polis ngan FRU semua pon ade kat situ. rasa macam jalan @ red carpet lak..sebab semua pon sibuk meraih undi pengundi2 yang berjalan di antara mereka. apapun semuanya berjalan lancar..

liputan tidak rasmi oleh amatur hulu selangor pada siri catatan akan datang..peace..

Thursday, April 22, 2010

Jauhi mi segera elak penyakit kronik


bila sebut pasal mee segera..mesti semua orang pun terbayang maggi, pama, cintan, ruski...mee segera ini biasanya Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari. “Pengambilan mi segera boleh menyebabkan pengambilan garam yang berlebihan kerana natrium sering ditambah dalam makanan harian kita dan mi segera adalah makanan yang menjalani pelbagai peringkat pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan. “Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulen,” katanya pada sidang media semalam. (Sinar Harian).

sejarahnya bermula apabila pengasas Nissin, Momofuku Ando pengasas syarikat Nissin, sentiasa komited untuk menghasilkan produk yang bermutu dan kualiti tinggi dan itu adalah Falsafah syarikat Nissin. Mr Ando memulakan syarikat keluarga pada tahun 1948. Disebabkan selepas Perang Dunia II, sumber makanan sukar dijumpai , Mr Ando menyedari bahawa ramen (sejenis mee) akan membantu untuk membantu sumber makanan yang susah pada ketika itu. Tujuannya adalah untuk mencipta sebuah ramen memuaskan dan sedap yang boleh dimakan di mana saja dan pada bila-bila saja. Pada tahun 1958, Nissin memperkenalkan "Chicken Ramen", yang ramen segera pertama dan Ironisnya, mee itu dianggap sebagai makanan yang mewah.
hahahaha...makan mewah...sangatla zaman sekarang. :D (wink) zaman berlalu...mee segera kini dianggap makanan paling murah dan pastinya..semua rumah ada menyimpan mee segera untuk digunakan waktu terdesak..terutamanya hujung bulan..(betul ker?) ataupun memg giler makan mee segera.
namun begitu, walau pun dunia semakin canggih..semakin pantas..hidup kita bergerak juga sepnatas masa...tapi harus la kita ingat..bahawa hayat kita x seharusnya pergi sepantas itu..oleh itu, kurangkan @ elakkan makan mee segera..kerana amalan makan mee segera akan mengundang kesegeraan berbagai penyakit menyinggah di dalam tubuh kita..so ingat ye semua! (termausk la orang yang menulis nih)..