break even analysis

Thursday, December 31, 2009

Kematian Itu BENAR..

Pada waktu tengahari, sedang makan bersama k.mas, aku mendapat panggilan telefon daripada liana. membawa perkhabaran sedih iaitu rashidah yang ku kenali satu ketika semasa bekerja di pusat kesihatan universiti telah meninggal dunia. Innalillahi wainnailaihiraji'uun. semoga ALLAH SWT mencucuri Rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Alfatihah..

kematiannya disebabkan oleh penyakit SLE iaitu Systemic lupus erythematosus penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh iaitu autoimmune disease. penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9:1 (sembilan wanita kepada seorang lelaki) dan kebanyakan wanita yang menghidap SLE berada di dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun. Penyakit ini boleh juga melibatkan kanak-kanak dan kerap menimpa orang-orang Asia berbanding dengan orang Barat. punca sebenar berlakunya SLE masih tidak diketahui, namun katanya terdapat beberapa faktor yang dapat dikaitkan dengan SLE. Antaranya ialah akibat jangkitan virus, hormon seks, faktor persekitaran dan keturunan. (ini cuma makluman ringkas. sila rujuk doktor anda untuk makluman lanjut yang lebih tepat).

sedikit info berkenaan penyakit ini.
Info
  • Penyakit kronik berpanjangan berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh.
  • Penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9 wanita kepada seorang.

Tanda dan gejala SLE

  • Sakit pada sendi, demam berlarutan, lesu, ruam pada kulit muka dan badan, anemia, sensitif pada cahaya matahari, ulser mulut dan keguguran rambut.
  • Kulit muka menjadi merah apabila terdedah kepada cahaya matahari.
  • Kegagalan fungsi buah pinggang, masalah pada sistem saraf, sakit sendi.
    Panduan untuk pesakit SLE
  • Kenali makanan yang sesuai dengan pertahanan tubuh, makan seimbang dan berkhasiat, bersenam dan elakkan aktiviti lasak.
  • Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif, sentiasa berfikiran positif.

Perlindungan kulit.

  • Memakai perlindungan matahari sekurang-kurangnya SPF 30, guna payung, topi, berlengan panjang untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari.

Ubat-ubatan.

  • Makan ubat atas arahan doktor.
  • Jangan berhenti makan ubat tanpa arahan doktor dan jangan makan ubat bersama ubat lain dikhuatiri interaksi ubat berlaku.
  • Patuhi jadual susulan yang ditetapkan.
oleh itu, kita semua hendaklah berwaspada dan sentiasa menjaga kesihatan dan pemakanan yang sihat.

Doa untuk ku dan Kawan ku

Doa Ku...

Ya Allah, panjangkanlah umur ku, Kurniakanlah kesihatan yang baik pada ku, terangi hatiku dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hati ku, perluaskanlah rezeki ku, dekatkanlah hati ku kepada kebaikan, jauhkanlah hati ku pada kejahatan, tunaikanlah hajat ku baik hajat dalam agama,dunia dan akhiratYa Muhaiminjika aku jatuh hati izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu. Jagalah hati ku agar tidak berpaling daripadaMU, labuhkan hatiku pada hatiMu. jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Ya Allah, Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang meyeru manusia kejalanMu, jika Kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu. Ya Allah, kurniakanlah aku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..Aminnn Ya Rabbal 'Alamin

Doa Ku untuk Sahabatku

Ya Allah, panjangkanlah umur sahabatku, Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan Nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Muhaimin, Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu. Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu. jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Ya Allah, Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang meyeru manusia kejalanMu, jika kau halalkan dia merindui sahabatnya, janganlah sahabatku melampaui batas sehingga melupakan dia pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu. Ya Allah, kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..Aminn Ya Rabbal 'Alamin

Azam Tahun Baru?

bercakap pasal azam memang tak pernah habis. persoalannya, adakah azam yang pernah diazamkan sebelum ini telah tercapai? dimanakah tahap kita sekarang? berapa banyak azam kita nak buat tahun ini? menurut kalender Islam, tahun baru bermula pada bulan Muharam. saya rasa ada sebagai seorang Islam, wajarlah kita memulakan azam pada bulan Muharam dimana ianya jatuh pada 18 Disember 2009 bersamaan 1 Muharam 1431H.

saya telah membuat azam bermula disember 2009. azam saya ada 8 azam 2010. Antaranya, settlekan PTPTN, Umrah.....kawen.. hehehehe. semoga semuanya akan berjaya dicapai dan dipermudahkan perjalanan menuju ke arah kejayaan dan kecemerlangan hidup.

Doaku, perolehi kebahagiaan dunia dan akhirat, nak jadi orang kaya yang beriman dan baik hati, dikurniakan suami yang baik dan beriman, keluarga ku hidup bahagia dan tenang, dikurniakan kudrat dan tenaga untuk berbakti kepada bumi (bercucuk tanam & tanam bunga), dapat membantu orang-orang yang memerlukan pertolongan ku (sedaya upayaku), dikurniakan orang-orang sekeliling yang baik hati dan saling menyayangi, mendapat pekerjaan & jawatan yang lebih baik, berjaya dalam perniagaan dan bersifat dengan sifat-sifat MAHMUDAH.

mungkin banyak lagi doaku..teruskan memohon dan meminta kepada ALLAH SWT. Allah pasti mendengar DOA kita semua. tapi yang penting usaha kena ada..ok..

Wednesday, December 9, 2009

orang yang cuti sakit

pagi yang hening..Ya ALLAH sakitnye perut aku. jam menunjukkan 6 pagi. alamak dah lewat nih. buka lampu dan menjenguk ke tandas, nampaknya ila tengah mandi. so baring balik sambil tahan sakit. golek2 dah 6.30 pagi. masih tak larat nak jejak kaki ke bilik air. sakit lagi di perut. jam menunjukkan hampir 6.45. dalam kepala dah fikir macam-macam. larat ke nak pergi kerja nih? masih tidak bangun dari katil, kemudian aku mencapai hp dan menaip mesej " saya sakit perut" send to my boss. harap dia faham. makna kalau saya lambat sebab sakit perut atau kalau tak datang sebab sakit perut jugak.
aku gagahkan kaki mandi dan bersiap untuk ke klinik. mungkin perlu MC. menyarung treksuit dna tshirt, aku memandu kereta menuju ke klinik dengan muka yang sembab dan berkerut menahan sakit. selepas berjumpa dengan doktor dan mendapat MC, aku berlalu untuk balik ke rumah. alamak, alang-alang dah kat luar nih. singgah la sekejap kat rumah k.majni (tupperware) nak bayar duit dilah. selepas memasuki taman perumahan, ternampak orang berkumpul ramai di depan sebuah rumah. dalam kepala aku, mungkin ada kematian. kereta ku melalui hadapan rumah itu, ramai orang yang bersongkok berada disitu, dan aku sempat menoleh ke rumah tersebut dan terdapat van jenazah warna hijau. sah memang ada kematian!. Innalillahi Wainnailaihi Raji'un dna Al-fatihah (semoga roh orang yang mati itu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh). di dalam hati, bersyukur kerana aku hanya diberikan sedikit kesakitan pada perut dan masih bernafas lagi. Alhamdulillah
kemudian aku teruskan perjalanan menuju ke rumah k.majni. aku sempat bertanya k.majni, siapakah yang meninggal dunia. rupenya yang meninggal adalah menantu (tuan rumah), masih muda, umur baru 29 tahun dan mengidap kanser! masya Allah. takziah kepada keluarganya allahyarham. bagaimanakah nasib anak dan isterinya? semoga Allah memudahkan kehidupan mereka sekeluarga dan tabah menghadapi dugaan ini.
kesakitan ini mungkin hikmah ALLAH kepada aku, menemui satu kejadian kematian sebuah keluarga, sangat mengharukan dan menginsafkan aku bahawa hidup ini tidak lama. berbuat baik lah selagi bernafas. semoga ALLAH memberkati dan meletakkan kita di kalangan orang yang soleh dan solehah andai kita meninggalkan dunia.

Monday, December 7, 2009

Syair Hidup Manusia

KEAIBAN PADA DIRI KITA
Syair Imam Shafei










Kita kerap meyalahkan zaman ini, sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita, tiada sebarang aib pada zaman kita, kecuali diri kita sendiri.

Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya.. kalau zaman tahu mengatur kata, tentulah ia mencaci kita kembali

Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..sebenarkan kita memperdaya Yang Maha melihat kita

Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya .. sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri

Pencarian menuju kejayaan

Alhamdulillah..hari ini saya masih diberikan peluang untuk terus bernafas dimuka bumi ini. semalam saya mengikuti motivation talk di kuala lumpur yang mana speaker ialah Dato' Dr. Syed Ahmad Al-Sagoff. beliau adalah seorang yang sangat berjaya dalam bidang insurans di Malaysia dan pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa. pertama kali mengikuti program yang mengambil 3 jam, beliau seorang yang sangat kelakar pada pandangan saya, bijak, dan baik. banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi dari ceramah beliau. untuk berjaya katanya (salah sasatu darinya), perlu ada :
Knowledge
Atitude
Habit
Systematic

menurutnya lagi.."is't not impotant what you say but how you say it". saya rasa berbaloi sangat dapat menimba dan pengalaman dan akan sedaya upaya untuk lebih bersemangat dan terus peluang-peluang kejayaan di luar sana yang menanti. kredit to my boss and my friend...semoga kita akan terus sukses dan mendapat rahmat ALLAH SWT.

Friday, December 4, 2009

Impian ku...



Dalam hidup ini kita sentiasa memasang impian. ada orang samakan ia dengan angan-angan, cita-cita, matlamat hidup dan sebagaimana. walau apa pun tafsirannye, akhirnya berbalik kepada diri kita sendiri untuk merealisasikannya. Rasanya tiada orang impikan sesuatu yang buruk, jahat, busuk dan yang tidak baik. impian biasanya yang indah, penuh warna warni, seolahnya seperti syurga. tapi apa yang paling penting adalah bagaimana untuk melalui proses mencapai impian tersebut. hidup ini adalah ujian dan kehidupan di muka bumi ini adalah pentas lakonan yang mana sentiasa dihakimi dan diadili oleh Maha Pencipta. untuk menjadikan impian kita itu lebih indah dan bermakna adalah keikhlasan, kesabaran, tawakal, doa, ketekunan, dan tidak menyakiti dan menyalahi hukum Tuhan.