break even analysis

Thursday, December 31, 2009

Kematian Itu BENAR..

Pada waktu tengahari, sedang makan bersama k.mas, aku mendapat panggilan telefon daripada liana. membawa perkhabaran sedih iaitu rashidah yang ku kenali satu ketika semasa bekerja di pusat kesihatan universiti telah meninggal dunia. Innalillahi wainnailaihiraji'uun. semoga ALLAH SWT mencucuri Rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Alfatihah..

kematiannya disebabkan oleh penyakit SLE iaitu Systemic lupus erythematosus penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh iaitu autoimmune disease. penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9:1 (sembilan wanita kepada seorang lelaki) dan kebanyakan wanita yang menghidap SLE berada di dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun. Penyakit ini boleh juga melibatkan kanak-kanak dan kerap menimpa orang-orang Asia berbanding dengan orang Barat. punca sebenar berlakunya SLE masih tidak diketahui, namun katanya terdapat beberapa faktor yang dapat dikaitkan dengan SLE. Antaranya ialah akibat jangkitan virus, hormon seks, faktor persekitaran dan keturunan. (ini cuma makluman ringkas. sila rujuk doktor anda untuk makluman lanjut yang lebih tepat).

sedikit info berkenaan penyakit ini.
Info
  • Penyakit kronik berpanjangan berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh.
  • Penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9 wanita kepada seorang.

Tanda dan gejala SLE

  • Sakit pada sendi, demam berlarutan, lesu, ruam pada kulit muka dan badan, anemia, sensitif pada cahaya matahari, ulser mulut dan keguguran rambut.
  • Kulit muka menjadi merah apabila terdedah kepada cahaya matahari.
  • Kegagalan fungsi buah pinggang, masalah pada sistem saraf, sakit sendi.
    Panduan untuk pesakit SLE
  • Kenali makanan yang sesuai dengan pertahanan tubuh, makan seimbang dan berkhasiat, bersenam dan elakkan aktiviti lasak.
  • Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif, sentiasa berfikiran positif.

Perlindungan kulit.

  • Memakai perlindungan matahari sekurang-kurangnya SPF 30, guna payung, topi, berlengan panjang untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari.

Ubat-ubatan.

  • Makan ubat atas arahan doktor.
  • Jangan berhenti makan ubat tanpa arahan doktor dan jangan makan ubat bersama ubat lain dikhuatiri interaksi ubat berlaku.
  • Patuhi jadual susulan yang ditetapkan.
oleh itu, kita semua hendaklah berwaspada dan sentiasa menjaga kesihatan dan pemakanan yang sihat.

No comments: