break even analysis

Friday, March 5, 2010

Nota Kelas 1

Hari ini merupakan hari pertama kelas yang diadakanoleh pihak agensi. Membuat keputusan untuk mengikuti kelas ini adalah pilihan aku dan oleh itu seharusnya aku memberikan komitmen sepanjang 6 bulan bagi setiap minggu di setiap sabtu pada jam 5-7 pm.
Mencari jalan untuk ke kelas hari ini sungguh mencabar. sebelum keluar umah dan tanya pakcik Google...ajak kawan la...alamak kawan lak malas nak kuar umah...tapi diorang bagi tau la nak ikut jalan mana lagi senang..ikut bukit Jalil. Dalam Hp or keta x de lak GPS. so..nasib baik ada google maps dlm HP....siap boleh set my location till end point..taip alamat je..WOW! x penah nak tau lak sebelum..TQ pakcik google. :D. walaupun dah ikut arahan google..tapi aku masih keliru nak ikut mana...Tol Subang Jaya..mak aiii...horror tul...dr 3 lane....jadi entah berapa lane...sesak betul. then cari2 ....dah 2 kali keluar jalan besar subang jaya. tapi akhirnya berjaya jugak cari tepatnya. ALhamdulillah.tepat pada masanya..kul 5.00 pm. :D
Walaupun kelas ini hanya 2 jam sahaja, tetapi inputnya seolah kita khatam beberapa buah buku motivasi dan theory dalam perniagaan. Mr. Sugu nama baru yang aku kenali walhal dia sebenarnya sangat tidak asing dalam dunia insurans di Malaysia, New Zealand, UK dan beberapa negara lagi. jadi peluang yang diberikan adalah sangat-sangat tepat pada masanya kerana bukan sahaja ianya percuma dan malah boleh memberikan impak tinggi dalam setiap tingkah laku, dan keputusan dalam kehidupan aku pada masa akan datang. jika tidak kerana Free, mungkin aku fikir beribu2 kali kerana untuk mengikut kursus Mr. Sugu sahaja seorang yurannya adalah RM 3500. Hahaha...pada masa kini terus-terang aku sememangnya tidak mampu.
Nota penting kali ini :
1. Power Of Mind "Apa yang kita Percaya akan tentukan masa depan Kita"
  • all physical results its comes from mental picture
2. 3 Jenis Kepercayaan (Belief)
  • Prosperity Thinking (Rich Thingking)
  • Avarage Thinking
  • Poor Thinking

3. 2 faktor yang boleh tentukan kejayaan (this factor can control your/my future) - build a belief to make a right thinking and action.

  • Buku-buku yang dibaca (no gossip mag, book, mangga,urtv, metro bla..bla)
  • People you mix

4. How to control? - Question that you ask everyday to yourself? - ask positive question

Next week..to be continued. so..gembira ya!

No comments: