break even analysis

Friday, September 23, 2011

RAFEEZA SAHABATKU – MEMORI TERINDAH BERSAMA

menfeezP1010293

Nama dia RAFEEZA BINTI TALIB. dia sangat baik hati, ceria, tak pernah tinggi suara..kalu dia tinggi pon lepas tu dia akan gelak..senyuman sentiasa dibibirnya. bicaranya lembut…orangnya sopan santun..

P1010352 P1010254

Dia telah mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya….tapi sayang kenangan semasa hari bahagianya telah hilang ..terdelete..:D. dia telah menunaikan haji bersama ibubapa tersayang..terasa bahagia tahu dia telah buat banyak perkara yang mulia dalam hidupnya.

P101027631 mac 07- cameron 040 

Sepanjang saya mengenalinya..dia sangat mementingkan hubungan kekeluargaan, kawan-kawan..walaupun dia tidak sihat..dia tetap bersemangat..dia suka tempat yang sejuk..sewaktu kami bercuti ke Cameron Highlands…dia kata dia bangun kul 3 am untuk mandi…Ya Allah…kitorang nak mandi pagi pun bercinta….dia boleh mandi air yg mcm ais tuh…

31 mac 07- cameron 005        P1010258  

dia jenis tidak berkira orangnya…pemurah..saya sangat senang mengenalinya..Namun..satu pagi di hari raya ke-5, bulan syawal 1432H…mendapat panggilan menyampaikan bahawa dia telah meninggalkan kami selama-lamanya..menyahut seruan Illahi. Allah SWT mengasihaninya. saya terkedu, terpaku,,,betul ke nih…satu hari saya blur…saya x dapat memberi penghormatan terakhir  kepada dia…hanya doa ku titipkan untuknya. semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-fatihah. dikala saya menulis ini masih terasa kehilangan..airmataku bergenang bersiap sedia untuk jatuh…Ya ALLAH, Kau temukanlah dia dan kami di syurga nanti..Aminn. tatkala bercerita dengan kawan-kawan seperjuangan dengannya, memang kami sangat sedih …airmatu ku jatuh jua…rasa rindu sangat kepada dia…Ya ALLAH…

P1010316

dia sangat suka dengan bunga…banyak betul bunga yang dibelinya semasa di cameron, penuh satu bonet, x cukup lagi…sampai kat tempat duduk..dia suka yang wangi dan cantik…Sahabat ku Rafeeza ..semoga kau bahagia disana…kami doakan kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin. kami semua pasti sentiasa merindui dia selamanya..we always love you..

terindah dangan dia..rafeeza..

1 comment:

l.e.e.a.a.n.w.o.n said...

terharu bce entree ni... al-fatihah.