break even analysis

Sunday, August 14, 2011

Cerita Ku..

Assalamualaikum...

setelah sekian lama tak menulis dalam blog..rasa mcm kekok..dalam kepala tu mmg banyak yang ditulis...tapi cerita yang hendak ditintakan ini..berkaitan dengan diri ku dan dunia yang sedang aku lalui ini.

ini kisah ku..semalam 13 Ogos 2011, pagi hari saya menyiap tugas-tugas peribadi yang tertunggak, setelah selesai saya akan meneruskan perjalanan ke Kampung Melayu Subang sebab dah berjanji dengan kakak untuk keluar beli-beli apa yg patut untuk hari raya nih..masuk dalam kereta jam menunjukkan jam 10.15 am...memandangkan meter minyak...alamak..cukup ke nak sampai sana...disebabkan nak cepat nih...isi kat sana je...insyaallah...semoga jalan x jam...ok..Bismillahirrahmanirahim....sambil tangan dan mata tercari-cari 'mana perginya doa naik kenderaan yang pernah diberi oleh adik angkat ku...selalunya ada kat sini'...masa ni juga aku hilang ingatan doa naik kenderaan tuh..."Ya Allah, semoga perjalanan aku ini selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali" melalui Seri Kembangan...tempat sesak yang penuh dengan manusia...kenderaan...melalui kawasan ini perlu berhati-hati...adakalanya memang sangat sukar untuk melepasi trafik light..terutamanya peak hours...tapi pagi ni Alhamdulilah...namun begitu dipersimpangan stesen minyak esso...kelihatan seorang 'uncle' yang bertongkat...berada ditepi jalan...sedang bejalan dengan kadar yang sangat perlahan, mungkin kerana kecederaannya yang membuatkan dia memakai tongkat...aku melalui uncle itu...dan aku sempat memerhatikannya, sehingga hilang pandangan mata....dalam hati ku...'kenapa aku x berhenti dan membantu uncle untuk ke destinasinya...' tetiba air mata ku mengalir...satu masa dahulu sebelum aku mempunyai kenderaan, aku pernah berdoa..jika aku mempunyai kenderaan, insyaallah akan cuba menolong orang yang memerlukan pertolongan terutamanya yang memerlukan kenderaan...YA Allah...apa dah jadi dengan janji ku'....aku biarkan uncle itu menyeberangi jalan seorang diri....aku berdoa supaya ada orang yang membantunye..paling tidak pon semoga dia selamat menyeberangi jalan dengan selamat....aku teruskan perjalanan....

sekali lagi aku berdoa supaya perjalanan seterusnya ini berjalan dengan lancar dan selamat. melepasi desa water park...aku meneruskan perjalanan menuju ke Federal Highway....keluar dari simpang desa water park..kereta dijalan nampaknya banyak...aku berhati semasa menukar laluan...lagu -lagu yang dimainkan oleh DJ IKIM mendamaikan aku..membuatkan aku sentiasa mengingati akan KeEsaan Allah SWT..timbul sayu hati tambahan lagi bulan Ramadhan yang sedang dilalui ini....baik kah aku...diterimakah ibadahku...adakah ini ramadhan terakhir ku?...segalanya bermain di fikiranku, pon begitu, aku sentiasa fokus dengan perjalanan dan berhati-hati..dengan kelajuan sekitar 70-90km/sejam. rasanya kadar kelajuan ini sangat bersesuaian ...tak perlu tergesa-gesa. kelihatan kenderaan agak perlahan..oooo rupanya ada 3 buah lori.paling belakang antara lori-lori tu adalah lori kontena, kedua panjang (yang selalunya bawa traktor) tapi kosong dan depan sekali lori sampah...mungkin lori sampah tu berat dan keada jalan yang akan membukit..menjadi faktor kenderaan bergerak perlahan. aku berhati dan mula menghampiri lori paling belakang kemudian aku menukar laluan ke kanan (lane tengah) tertiba lori tengah yang panjang tu memberi signal untuk menukar laluan ke kanan..betul didepan ku..aku membiarkan dia masuk...badan lori tersebut baru menyesot...'"booooommm" bungi yang sangat kuat...YA ALLAH ..apa tu..hati aku berdebar..kerana aku nampak mcm ade benda yang berterbanagan...Subhanallah..rupanya lori sampah tu, tayarnya meletop...Aku menarik nafas...dalam hati aku bersyukur...lori itu menukar laluan rupanya untuk melindungi kereta ku dan kereta lain daripada terkena serpihan tayar...yang paling kritikal difikirkan masa itu..lori itu hilang kawalan...nasib baiknya mungkin sampah yang penuh itu dan keadaan kenderaan yang tidak laju..menjadikan lori itu hanya pecah tayar dan tidak begerak ke lane-lane lain...SYUKUR ALHAMDULILLAH...sekali lagi air mata ku menitis lagi...terima kasih Ya ALLAH...Kau telah melindungi ku dan pengguna jalanraya yang lain dari sebarang mudarat yang teruk...cuma terkejut sahaja..perjalanan diteruskan..

Perjalanan menghampiri susur masuk ke jalan menuju ke Lapangan Terbang Subang..sambil melihat cermin sisi, tengah..ok laluan selamat..bagi signal dan menukar laluan ke kiri..masuk ke simpang saja...radio IKIM memutarkan bacaan ...Bismillahirahmanirrahim...aku cuba mengikuti bacaan tersebut...eh...boleh ikut la...bacaan apa nih...Subhanalllah...doa menaiki kenderaan rupa-rupanya hafal...tapi tadi x ingat, :p insyallah lepas nih akan hafal ...aku menghayati doa tersebut...insyallah - semoga selamat. perjalanan diteruskan sehingga ke bulatan masuk ke Lapangan Terbang Subang (LTS), berlaku tragedi yang agak menakutkan. seperti biasa aku akan memberi signal ke kiri untuk masuk ke susur LTS. bulatan tersebut yang mempunyai 3 lane..aku berada di lane tengah..seperti kebiasaan..saat menghampiri simpang..di cermin sisi kiri aku nampak sebuah motosikal yang begitu menghampiri keretaku..aku mengagak dia ke laluan yang sama...MasyaAllah...dia nak terus rupanya..hampir kemalangan..dan aku nampak dia cuba mengelak kereta ku yang masuk simpang..Alhamdulillah dia dapat mengelak...dan aku nampak dia berhenti dan membuka wiper helmet..rupanya seperti sangat marah...aku berdebar...kerana keadaan itu sangat hampir ...YA ALLAH, syukur sangat.

Namun cerita tidak berakhir, rupanya 'mr motor' tu mengejar aku. tetiba saja dia berada disebelah aku dengan memberi isyarat suruh berhenti, tapi aku x endahkan..aku menukar laluan ke kiri..dia mengikut..ke kiri dia ikut..ke kanan lagi..(dah rasa macm lumba haram plak).walhal kereta banyak pulak pada hari tersebut. dari membiarkan dia terus mengejar aku, memukul side mirror sampai terkepak, aku ambil keputusan berhenti. dia turut berhenti..dia memberi isyarat supaya aku membuka tingkap, tetapi aku hanya membuka sedikit sahaja. (keadaan rupanya dan memek mukanya seolah menjerit bersama dengan isyarat buka tingkap). dalam hati aku berdoa, supaya aku dapat bersabar dengan ujianMU ini.

mr motor : buka tingkap!!
aku : encik ..saya ada hak untuk tidak buka tingkap ni. encik dengar suara saya kan (aku membuka sedikit sahaja tingkat tu)
mr. motor : awak x nampak ke tadi !!
aku : saya nampak encik..saya bagi signal tadi, saya x salah..encik kemalangan ker, rosak ker..encik ok kan
mr. motor : memang x tapi kalu kena tadi..x ker kojol saya
aku : tapi encik ok kan sekarang..encik x ape-ape kan...alhamdulillah encik ok saya pon ok.
mr motor : ye la..awak naik kereta saya naik motor..
aku : betul encik..saya nampak encik tapi encik pon kena la tengok kereta
mr. motor : terdiam...tapi mukanya masih nampak marah. he stare at me...
aku : (i stare at him)..(sekali lagi)...encik ok kan
mr. motor : awak memg la ok...(terus berlalu dengan laju)
aku : menarik nafas dalam-dalam...mengigil seketika..YA ALLAH. aku terus menekan butang hazard light...(melihat keadaan kereta yang banyak dibelakang..x sedar pon saya aku behenti di lane yang menyebabkan jam seketika)

aku menguatkan semangat untuk teruskan perjalanan..dalam perjalanan menuju ke rumah kakak yang tidak berapa jauh tu...aku menangis...air mata aku mencurah laju...aku mengigil..bersyukur...tiada kemalangan berlaku...ALLAH melindungiku dan pengguna jalan raya yang lain dari mudarat kemalangan...aku x berhenti mengucap syukur. aku tak terfikir kan sangat pasal mr.motor yang memarahi ku...aku memahami hikmah disebalik kejadian semua ini..mungki juga hikmah Ramadhan, menjadikan aku lebih dekat dengan ALLAH SWT..kepada sahabat-sahabatku di luar sana..mulakan perjalanan dan apa jua perbuatan kita dengan DOA..semoga doa itu, akan memudahkan urusan dan hajat kita..INSYAALLAH..

1 comment:

MASYA said...

visor ok...wiper kat helmet...nak jugak den beli...