break even analysis

Thursday, April 29, 2010

Aku & Plihanraya Hulu Selangor

sebagai seorang pengundi yang bertanggungjawab :p, balik lah kampung untuk mengundi pada 25 April 2010. benda yang memang dijangka sekali adalah perang poster dan sekatan jalanraya. ingatkan nak balik petang sabtu sebab nak gi kelas (dan 3 kelas aku miss)...tak jadi sebab mak x berap sihat. so kena balik awal tambah lagi ngan ayah sibuk kat kampung. dalam pukul 10.30 exit Bukit Tagar. dah agak..memang ada polis punyer...adik polis tu (muke semua merah2 lagi..belum hangit dek berjemur matahari) tahan..tapi x buat ape la..so aku pun meneruskan perjalanan. poster parti bertanding x payah nak cakap lah banyaknyer..sampai jer simpang rumah ada satu poster azab punyer..."Kami menolak kaki b******, k*** J****"..dah lah tuh..letak betul2 depan pagar rumah (sebab kat situ ada mcm tugu kampung kaedahnye)..aduihhh..ini pun ade..aku membayangkan mesti kali ni hebat persaingan calon-calon yang bertanding kecuali yang calon yang dah tarik diri tu..JOHAN JOHAN...ko rupenye yang bertanding calon bebas..pastu tarik diri..apa kes nih..betul ke nak main-main nih..ko saja nak bagi kerja lebih kat SPR yer...aku andaikan perkara itu benar je lah. JOHAN ni kawan kelas aku..sebaya lagi..ingatkan kalu dia tak tarik diri leh aku ngondi tuk dia...wakaka..:p

petang sabtu selepas waktu zohor aku, dilah n emak pergi ke tanjung malim..untuk ke klinik. keadaan di ulu bernam (masih kawasan hulu selangor) tidak kurang hebatnye...selepas selesai jumper doktor and amik ubat, kami pun balik...kena tahan polis kecik tu lagi..(masuk ni dah kali ketiga sebab lalu jalan yang sama). polis tu tanya "nak pergi mana". aku pon jawabla "balik kampung"...nasib baik ko tanya sikit jer...

pada hari ahad 25hb tu, mulalah proses pengundian rasmi. ayah aku awal lagi selepas subuh di masjid dan minum kopi kat kedai, terus gi mengundi. aku ngan dilah gi mengundi lepas siap kemas rumah..sampai di tempat mengundi memang kecoh, happening sungguh. dua parti bertanding berbalas-balas (tapi x gaduh la) sebab polis ngan FRU semua pon ade kat situ. rasa macam jalan @ red carpet lak..sebab semua pon sibuk meraih undi pengundi2 yang berjalan di antara mereka. apapun semuanya berjalan lancar..

liputan tidak rasmi oleh amatur hulu selangor pada siri catatan akan datang..peace..

2 comments:

cik3zza said...

ni semngat kewartawanan ke semangat blogger xbape nk jd?? smbil jln smpat snap2 gmbr.hihiii..

kak mud, pesal tgn kiri tu nmpk mcm lain mcm je..mcm ngeri pn de..

mudah said...

aku pon ngeri..ntah sape ntah yg snap gambo i yg tgh syok nak amik gambo....tq la en. fairus mat stap..:p