break even analysis

Sunday, August 14, 2011

Cerita Ku..

Assalamualaikum...

setelah sekian lama tak menulis dalam blog..rasa mcm kekok..dalam kepala tu mmg banyak yang ditulis...tapi cerita yang hendak ditintakan ini..berkaitan dengan diri ku dan dunia yang sedang aku lalui ini.

ini kisah ku..semalam 13 Ogos 2011, pagi hari saya menyiap tugas-tugas peribadi yang tertunggak, setelah selesai saya akan meneruskan perjalanan ke Kampung Melayu Subang sebab dah berjanji dengan kakak untuk keluar beli-beli apa yg patut untuk hari raya nih..masuk dalam kereta jam menunjukkan jam 10.15 am...memandangkan meter minyak...alamak..cukup ke nak sampai sana...disebabkan nak cepat nih...isi kat sana je...insyaallah...semoga jalan x jam...ok..Bismillahirrahmanirahim....sambil tangan dan mata tercari-cari 'mana perginya doa naik kenderaan yang pernah diberi oleh adik angkat ku...selalunya ada kat sini'...masa ni juga aku hilang ingatan doa naik kenderaan tuh..."Ya Allah, semoga perjalanan aku ini selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali" melalui Seri Kembangan...tempat sesak yang penuh dengan manusia...kenderaan...melalui kawasan ini perlu berhati-hati...adakalanya memang sangat sukar untuk melepasi trafik light..terutamanya peak hours...tapi pagi ni Alhamdulilah...namun begitu dipersimpangan stesen minyak esso...kelihatan seorang 'uncle' yang bertongkat...berada ditepi jalan...sedang bejalan dengan kadar yang sangat perlahan, mungkin kerana kecederaannya yang membuatkan dia memakai tongkat...aku melalui uncle itu...dan aku sempat memerhatikannya, sehingga hilang pandangan mata....dalam hati ku...'kenapa aku x berhenti dan membantu uncle untuk ke destinasinya...' tetiba air mata ku mengalir...satu masa dahulu sebelum aku mempunyai kenderaan, aku pernah berdoa..jika aku mempunyai kenderaan, insyaallah akan cuba menolong orang yang memerlukan pertolongan terutamanya yang memerlukan kenderaan...YA Allah...apa dah jadi dengan janji ku'....aku biarkan uncle itu menyeberangi jalan seorang diri....aku berdoa supaya ada orang yang membantunye..paling tidak pon semoga dia selamat menyeberangi jalan dengan selamat....aku teruskan perjalanan....

sekali lagi aku berdoa supaya perjalanan seterusnya ini berjalan dengan lancar dan selamat. melepasi desa water park...aku meneruskan perjalanan menuju ke Federal Highway....keluar dari simpang desa water park..kereta dijalan nampaknya banyak...aku berhati semasa menukar laluan...lagu -lagu yang dimainkan oleh DJ IKIM mendamaikan aku..membuatkan aku sentiasa mengingati akan KeEsaan Allah SWT..timbul sayu hati tambahan lagi bulan Ramadhan yang sedang dilalui ini....baik kah aku...diterimakah ibadahku...adakah ini ramadhan terakhir ku?...segalanya bermain di fikiranku, pon begitu, aku sentiasa fokus dengan perjalanan dan berhati-hati..dengan kelajuan sekitar 70-90km/sejam. rasanya kadar kelajuan ini sangat bersesuaian ...tak perlu tergesa-gesa. kelihatan kenderaan agak perlahan..oooo rupanya ada 3 buah lori.paling belakang antara lori-lori tu adalah lori kontena, kedua panjang (yang selalunya bawa traktor) tapi kosong dan depan sekali lori sampah...mungkin lori sampah tu berat dan keada jalan yang akan membukit..menjadi faktor kenderaan bergerak perlahan. aku berhati dan mula menghampiri lori paling belakang kemudian aku menukar laluan ke kanan (lane tengah) tertiba lori tengah yang panjang tu memberi signal untuk menukar laluan ke kanan..betul didepan ku..aku membiarkan dia masuk...badan lori tersebut baru menyesot...'"booooommm" bungi yang sangat kuat...YA ALLAH ..apa tu..hati aku berdebar..kerana aku nampak mcm ade benda yang berterbanagan...Subhanallah..rupanya lori sampah tu, tayarnya meletop...Aku menarik nafas...dalam hati aku bersyukur...lori itu menukar laluan rupanya untuk melindungi kereta ku dan kereta lain daripada terkena serpihan tayar...yang paling kritikal difikirkan masa itu..lori itu hilang kawalan...nasib baiknya mungkin sampah yang penuh itu dan keadaan kenderaan yang tidak laju..menjadikan lori itu hanya pecah tayar dan tidak begerak ke lane-lane lain...SYUKUR ALHAMDULILLAH...sekali lagi air mata ku menitis lagi...terima kasih Ya ALLAH...Kau telah melindungi ku dan pengguna jalanraya yang lain dari sebarang mudarat yang teruk...cuma terkejut sahaja..perjalanan diteruskan..

Perjalanan menghampiri susur masuk ke jalan menuju ke Lapangan Terbang Subang..sambil melihat cermin sisi, tengah..ok laluan selamat..bagi signal dan menukar laluan ke kiri..masuk ke simpang saja...radio IKIM memutarkan bacaan ...Bismillahirahmanirrahim...aku cuba mengikuti bacaan tersebut...eh...boleh ikut la...bacaan apa nih...Subhanalllah...doa menaiki kenderaan rupa-rupanya hafal...tapi tadi x ingat, :p insyallah lepas nih akan hafal ...aku menghayati doa tersebut...insyallah - semoga selamat. perjalanan diteruskan sehingga ke bulatan masuk ke Lapangan Terbang Subang (LTS), berlaku tragedi yang agak menakutkan. seperti biasa aku akan memberi signal ke kiri untuk masuk ke susur LTS. bulatan tersebut yang mempunyai 3 lane..aku berada di lane tengah..seperti kebiasaan..saat menghampiri simpang..di cermin sisi kiri aku nampak sebuah motosikal yang begitu menghampiri keretaku..aku mengagak dia ke laluan yang sama...MasyaAllah...dia nak terus rupanya..hampir kemalangan..dan aku nampak dia cuba mengelak kereta ku yang masuk simpang..Alhamdulillah dia dapat mengelak...dan aku nampak dia berhenti dan membuka wiper helmet..rupanya seperti sangat marah...aku berdebar...kerana keadaan itu sangat hampir ...YA ALLAH, syukur sangat.

Namun cerita tidak berakhir, rupanya 'mr motor' tu mengejar aku. tetiba saja dia berada disebelah aku dengan memberi isyarat suruh berhenti, tapi aku x endahkan..aku menukar laluan ke kiri..dia mengikut..ke kiri dia ikut..ke kanan lagi..(dah rasa macm lumba haram plak).walhal kereta banyak pulak pada hari tersebut. dari membiarkan dia terus mengejar aku, memukul side mirror sampai terkepak, aku ambil keputusan berhenti. dia turut berhenti..dia memberi isyarat supaya aku membuka tingkap, tetapi aku hanya membuka sedikit sahaja. (keadaan rupanya dan memek mukanya seolah menjerit bersama dengan isyarat buka tingkap). dalam hati aku berdoa, supaya aku dapat bersabar dengan ujianMU ini.

mr motor : buka tingkap!!
aku : encik ..saya ada hak untuk tidak buka tingkap ni. encik dengar suara saya kan (aku membuka sedikit sahaja tingkat tu)
mr. motor : awak x nampak ke tadi !!
aku : saya nampak encik..saya bagi signal tadi, saya x salah..encik kemalangan ker, rosak ker..encik ok kan
mr. motor : memang x tapi kalu kena tadi..x ker kojol saya
aku : tapi encik ok kan sekarang..encik x ape-ape kan...alhamdulillah encik ok saya pon ok.
mr motor : ye la..awak naik kereta saya naik motor..
aku : betul encik..saya nampak encik tapi encik pon kena la tengok kereta
mr. motor : terdiam...tapi mukanya masih nampak marah. he stare at me...
aku : (i stare at him)..(sekali lagi)...encik ok kan
mr. motor : awak memg la ok...(terus berlalu dengan laju)
aku : menarik nafas dalam-dalam...mengigil seketika..YA ALLAH. aku terus menekan butang hazard light...(melihat keadaan kereta yang banyak dibelakang..x sedar pon saya aku behenti di lane yang menyebabkan jam seketika)

aku menguatkan semangat untuk teruskan perjalanan..dalam perjalanan menuju ke rumah kakak yang tidak berapa jauh tu...aku menangis...air mata aku mencurah laju...aku mengigil..bersyukur...tiada kemalangan berlaku...ALLAH melindungiku dan pengguna jalan raya yang lain dari mudarat kemalangan...aku x berhenti mengucap syukur. aku tak terfikir kan sangat pasal mr.motor yang memarahi ku...aku memahami hikmah disebalik kejadian semua ini..mungki juga hikmah Ramadhan, menjadikan aku lebih dekat dengan ALLAH SWT..kepada sahabat-sahabatku di luar sana..mulakan perjalanan dan apa jua perbuatan kita dengan DOA..semoga doa itu, akan memudahkan urusan dan hajat kita..INSYAALLAH..

Tuesday, October 12, 2010

Cuci Telur Dulu..

Perlu cuci dulu ker?...

Telur ayam atau telur apa sekalipun keluarnya adalah dari lubang dubur ayam atau binatang berkenaan. Lubang dubur juga tempat keluar najis. Binatang ternak atau liar tidak pernah membersihkan najis atau dubur mereka. Sekali pun mereka mencuci dubur selepas membuang najis, tidak diragukan bahawa telur yang keluar dari lubang dubur tetap bernajis. Semasa proses telur keluar melalui lubang dubur, ia mesti 'membersihkan' najis atau baki najis yang masih ada pada dubur. Kadang-kadang kita dapat lihat najis ayam masih terlekat pada telur ayam. Maka jelaslah bahawa terdapat najis pada kulit telur ayam sama ada hukmi atau aini. Najis pada hukumnya (dikira masih najis walau pun tidak nampak najis tersebut) atau najis aini (jelas masih terdapat najis melekat).ihsan http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=4914490001030021416


oleh itu, sangat penting yer..sebelum makan lauk telor...if posibble tanya dulu..basuh x?...hmmm..pagi tadi sblm makan roti telor..mamak tu..nampaknye dier mambawa se'bowl' telor2 yang telah dicuci..hmmm..bagus sekali..tengahari pulak..dah x tau nak makan ape..sbb makan memang limited..maria kirim kuew tiaw..then..nampak nih ---------


-


-


-


-

so, kita kena ingat yer..huhuhuhu

Monday, October 11, 2010

satu petang di kuala sepetang

perjalanan pulang selepas menghadiri wedding linda..singgah di sebuah masjid lama..hmmm ape namanye...tapi masjid lama itu dibina oleh keluarga Ngah...lupe jugak...nampaknya kena banyak membaca lagi nih..selepas menunaikan solat jama' zohor dan asar...kami meneruskan perjalanan..pusing sebentar di 'tasik'. masa tu dlm hati berkata.."tasek ape la yg diorang dok nak tengok sangat nih" mula mmg x ambil pusing...tetapi dalam pada tu perasan juga...papan tanda jalan.. MRSM taiping...huh..disini ruper warden Ida tinggal...la dekat rupanye..dan lagi zoo taiping..penjara teipeng x silap..tasek..bukit larut!..biar betul..semuanya ada kat sini...masyaallah...bas kami terus mengelilingi tasek...YA ALLAH..tempat ape nih...cantiknye..subhanallah. i fall in love at first sight...rasa nak juump dari bas...stopppp..nak turun2x (dalam hati)...disebabkan hanya bergantung pada kamera telefon..hanya dpt ambil pokok besar. tapi nampaknya bas tidak berhenti untuk menikmati..hanya mampu melihat dari dalam bas je..hebat sangat...dalam hati berkata lagi..bestnya warden Ida dapat kerja disini...ade kerja kosong x ida..hehehehe..

perjalanan seterusnya...laaa..dah terlena rupanye aku..hehehhe..penat kot.. tup2 aik..kat mane nih..hah..kedai Mak Jah..gerai makan rupanye..kat mane nih..hmmm..Kuala Sepetang...glamor dengan mee Udang..kata mereka..hmm..aku pon layan je lah..ambil tempat duduk dalam kedai makan Mak Jah, melihat begitu ramai orang..sambil makan & berbual..terlihat sinar gembira diwajah-wajah tetamu mak jah..seronoknya diorang makan..mee udang semestinya..kami pon meng'order' mee udang...yummm..yummm..jemput makan semua...:D jumpe lagi di lain masa...insyaallah, insyaallah, insyaallah..amin...n i'm happy to come here again..


10.10.10 - Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma

101010..tarikh yang banyak orang menunggu tibanya..sudah tentunya my buddy sorang nih...linda..selamat pengantin baru bersama suaminya Ed..layarilah bahtera perkahwinan dengan penuh hikmah dan istiqamah. perjalanan ke taiping x pernah difikirkan sebelum ini. bermula dengan rancangan untuk menghadiri majlis pernikahan linda...bersama masya and ila dan menginap di rumah warden mrsm taiping Ida..tetapi merancang memang kerja manusia..Allah swt jualah yang menentukan. kesibukan masya di Johor dengan pokok kelapa sawitnya dan kecelaruan ila untuk menghadiri banyak majlis disana sini...akhirnya telah ditentukan Allah untuk saya menaik coach executive UPM-hehehe..hebat rasanya..:D. keputusan yang dibuat disaat akhir untuk menaiki bas upm bersama kengkawan yang lain adalah keputusan yang tepat..jika tidak mungkin sampai hari ni saya masih tidak memijak bumi taiping..heritage town..huhuhu..


hey linda...here i come to your wedding..so calm and peaceful i hope both u felt the same...hopefullly :p. kenangan bukan untuk disimpan tetapi untuk dihayati dan dinikmati...so enjoy it...i'll always pray your marriage will be last until Syurga yer...:D aminnn..

Wednesday, June 16, 2010

Runway to FRIM

Selepas solat subuh. bersiap2 untuk ke FRIM..tempat yang memang nak sangat pergi..akhirny ada kesempatan yang dikurniakan ALLAH..syukur akhirnya dapat juga saya menjejakkan kaki ke tempat yang sangat indah ini..so peaceful, calm..green, ..once enter this organic forest...perasaan saya rasakan sungguh hebat..dan berazam untuk kembali semula...insyallah..

My Eye

saya dianugerahkan sepasang mata yang sihat. waktu sekolah dulu selalu admire dengan orang yang speaky...mcm cantik jer...so aku pon berusaha kuat untuk pakai kacamata..masa tu pinjam kawan yang pakai spek memg pening..toing3x..then tentukanx berjaya lagi..pastu asyik baca dalam gelap (sebab lampu dah tutup). masa tu katil duk tepi sekali..so dapat lah cahaya bulan ..hahahha...tapi memang x berjaya...dah aku pon lupekan hasrat tu...mas tingkatan 6 atas..ada my fren yang mmg pakai spek..bila dia buka jer...dia ckp pening...then dia kata 15% kecantikan asli dah tiada bila pakai spek..huh!..alamak..x nakkkk la pakai spek..so mata saya pon terus sihat..sampai la..masuk zaman bekerja...semakin lama..ditambah faktor mengadap komputer... hmmm.. mata semakin pedih..mmg diri x nak mengaku.."adakah aku dah rabun"...waaaaaaaaa.. bila check..kebetulan keja kat klinik..sah..mmg rabun..aduhaiiii...akhirnya MATA RABUN menjadi kenyataan..so kenalah pakai spek..mulai dari saat itu ...

Masa pergi Labuan dulu..this thing happened..mcm ada habuk..tapi bila gosok mata..x hilang gak..mcm ada habuk snagkut kat bulu mata...bila kuis2..mmm x mau jugak...ape benda nih..x pe lah..masa berlalu..sekarang dah hampir 4 tahun..lately mcm makin worst...dah jumpe doktor..then doktor refer to pakar mata hospital putrajaya..app this Julai...harap2 tiada ape yang berlaku..saya sayang mata saya...mcm2 andaian..ada cacing la..parasit la....seramnya...nauzubillah..

Tuesday, June 8, 2010

JoM mAkaN..

Balik kerja petang tadi memang rasa dah x bersemangat sebab sakit perut sangat. Dalam hati terfikir gak..alamak sapa nak masak..bahan dah ade...x pelah..esok2 leh lagi..ala...layu lak pula nanti...

semalam..masa pegi pasar malam (isnin) ..x terfikir pon nak beli bahan2 tuh..dalam hati hanya nak beli makanan untuk buka pose nanti..tapi jalan punye jalan...gi jap lah kat pasar basah tu..mana tau nak beli sayur-sayur yg leh wat sup..(menu diet)..hehehhe..tetiba terpandang Capsicum..alamaknya..cantik nye capsicum nih....geram sangat...terus dalam minda..hmmmm ..leh gak cube nak wat resepi dalam blog tuh. :D..terus lah pilih capsicum merah dan hijau yang sedang2..dan lelain bahanya....dan last sekali..yeahh..ayam bahagian dada..mmmm..dah cukup..ok.. esok (selasa) leh masak...:D. x sabar rasanya.

hari ni..bila sampai rumah..budak 2 tuh tangah makan roti + butter..pastu..i tanya la...makan roti je..."ye la tunggu k.mud masak"....hmmm " la..u all masak la...i x brp sihat la.."...then.."alaaaaaaa...." then i pon tanya la." ade x lada hitam, sos lada hitam".."ada rasanya". pastu terus check peti ais..hmmmm ade...boleh masak nih. keluarkan ayam sbb dah beku. sambil check internet..amik resepi..salin dulu..hmmm. ada beberapa bahan yg x de nih...kena gi kedai belakang cari..

masya dah masak nasi...ok..jom kita masak...hasilnye...^_^ ..hehehe.. jemput makan yer...hasil kerja orang2 425 yang lapar...terima kasih kepada semua pihak yang menjadikan masakan kali ni berjaya direalisasikan...uncle pasar malam yg jual sayur tuh, pakcik yg jual ayam tuh..mamak belakang umh yg jual kicap n groceries..masya yg tolong kopek n potong syur...tolong itu ini...ila yg tolong amik pinggan (nak makan dah nih)..n paling yg berjasa..blogger secubit rasa..dimana resepinya ku cilok...dan sesungguhnya ALLAH SWT yang telah mengqabulkan doa ku nak buat resepi nih...syukur alhamdulillah.