break even analysis

Wednesday, June 16, 2010

My Eye

saya dianugerahkan sepasang mata yang sihat. waktu sekolah dulu selalu admire dengan orang yang speaky...mcm cantik jer...so aku pon berusaha kuat untuk pakai kacamata..masa tu pinjam kawan yang pakai spek memg pening..toing3x..then tentukanx berjaya lagi..pastu asyik baca dalam gelap (sebab lampu dah tutup). masa tu katil duk tepi sekali..so dapat lah cahaya bulan ..hahahha...tapi memang x berjaya...dah aku pon lupekan hasrat tu...mas tingkatan 6 atas..ada my fren yang mmg pakai spek..bila dia buka jer...dia ckp pening...then dia kata 15% kecantikan asli dah tiada bila pakai spek..huh!..alamak..x nakkkk la pakai spek..so mata saya pon terus sihat..sampai la..masuk zaman bekerja...semakin lama..ditambah faktor mengadap komputer... hmmm.. mata semakin pedih..mmg diri x nak mengaku.."adakah aku dah rabun"...waaaaaaaaa.. bila check..kebetulan keja kat klinik..sah..mmg rabun..aduhaiiii...akhirnya MATA RABUN menjadi kenyataan..so kenalah pakai spek..mulai dari saat itu ...

Masa pergi Labuan dulu..this thing happened..mcm ada habuk..tapi bila gosok mata..x hilang gak..mcm ada habuk snagkut kat bulu mata...bila kuis2..mmm x mau jugak...ape benda nih..x pe lah..masa berlalu..sekarang dah hampir 4 tahun..lately mcm makin worst...dah jumpe doktor..then doktor refer to pakar mata hospital putrajaya..app this Julai...harap2 tiada ape yang berlaku..saya sayang mata saya...mcm2 andaian..ada cacing la..parasit la....seramnya...nauzubillah..

Tuesday, June 8, 2010

JoM mAkaN..

Balik kerja petang tadi memang rasa dah x bersemangat sebab sakit perut sangat. Dalam hati terfikir gak..alamak sapa nak masak..bahan dah ade...x pelah..esok2 leh lagi..ala...layu lak pula nanti...

semalam..masa pegi pasar malam (isnin) ..x terfikir pon nak beli bahan2 tuh..dalam hati hanya nak beli makanan untuk buka pose nanti..tapi jalan punye jalan...gi jap lah kat pasar basah tu..mana tau nak beli sayur-sayur yg leh wat sup..(menu diet)..hehehhe..tetiba terpandang Capsicum..alamaknya..cantik nye capsicum nih....geram sangat...terus dalam minda..hmmmm ..leh gak cube nak wat resepi dalam blog tuh. :D..terus lah pilih capsicum merah dan hijau yang sedang2..dan lelain bahanya....dan last sekali..yeahh..ayam bahagian dada..mmmm..dah cukup..ok.. esok (selasa) leh masak...:D. x sabar rasanya.

hari ni..bila sampai rumah..budak 2 tuh tangah makan roti + butter..pastu..i tanya la...makan roti je..."ye la tunggu k.mud masak"....hmmm " la..u all masak la...i x brp sihat la.."...then.."alaaaaaaa...." then i pon tanya la." ade x lada hitam, sos lada hitam".."ada rasanya". pastu terus check peti ais..hmmmm ade...boleh masak nih. keluarkan ayam sbb dah beku. sambil check internet..amik resepi..salin dulu..hmmm. ada beberapa bahan yg x de nih...kena gi kedai belakang cari..

masya dah masak nasi...ok..jom kita masak...hasilnye...^_^ ..hehehe.. jemput makan yer...hasil kerja orang2 425 yang lapar...terima kasih kepada semua pihak yang menjadikan masakan kali ni berjaya direalisasikan...uncle pasar malam yg jual sayur tuh, pakcik yg jual ayam tuh..mamak belakang umh yg jual kicap n groceries..masya yg tolong kopek n potong syur...tolong itu ini...ila yg tolong amik pinggan (nak makan dah nih)..n paling yg berjasa..blogger secubit rasa..dimana resepinya ku cilok...dan sesungguhnya ALLAH SWT yang telah mengqabulkan doa ku nak buat resepi nih...syukur alhamdulillah.

Thursday, April 29, 2010

Aku & Plihanraya Hulu Selangor

sebagai seorang pengundi yang bertanggungjawab :p, balik lah kampung untuk mengundi pada 25 April 2010. benda yang memang dijangka sekali adalah perang poster dan sekatan jalanraya. ingatkan nak balik petang sabtu sebab nak gi kelas (dan 3 kelas aku miss)...tak jadi sebab mak x berap sihat. so kena balik awal tambah lagi ngan ayah sibuk kat kampung. dalam pukul 10.30 exit Bukit Tagar. dah agak..memang ada polis punyer...adik polis tu (muke semua merah2 lagi..belum hangit dek berjemur matahari) tahan..tapi x buat ape la..so aku pun meneruskan perjalanan. poster parti bertanding x payah nak cakap lah banyaknyer..sampai jer simpang rumah ada satu poster azab punyer..."Kami menolak kaki b******, k*** J****"..dah lah tuh..letak betul2 depan pagar rumah (sebab kat situ ada mcm tugu kampung kaedahnye)..aduihhh..ini pun ade..aku membayangkan mesti kali ni hebat persaingan calon-calon yang bertanding kecuali yang calon yang dah tarik diri tu..JOHAN JOHAN...ko rupenye yang bertanding calon bebas..pastu tarik diri..apa kes nih..betul ke nak main-main nih..ko saja nak bagi kerja lebih kat SPR yer...aku andaikan perkara itu benar je lah. JOHAN ni kawan kelas aku..sebaya lagi..ingatkan kalu dia tak tarik diri leh aku ngondi tuk dia...wakaka..:p

petang sabtu selepas waktu zohor aku, dilah n emak pergi ke tanjung malim..untuk ke klinik. keadaan di ulu bernam (masih kawasan hulu selangor) tidak kurang hebatnye...selepas selesai jumper doktor and amik ubat, kami pun balik...kena tahan polis kecik tu lagi..(masuk ni dah kali ketiga sebab lalu jalan yang sama). polis tu tanya "nak pergi mana". aku pon jawabla "balik kampung"...nasib baik ko tanya sikit jer...

pada hari ahad 25hb tu, mulalah proses pengundian rasmi. ayah aku awal lagi selepas subuh di masjid dan minum kopi kat kedai, terus gi mengundi. aku ngan dilah gi mengundi lepas siap kemas rumah..sampai di tempat mengundi memang kecoh, happening sungguh. dua parti bertanding berbalas-balas (tapi x gaduh la) sebab polis ngan FRU semua pon ade kat situ. rasa macam jalan @ red carpet lak..sebab semua pon sibuk meraih undi pengundi2 yang berjalan di antara mereka. apapun semuanya berjalan lancar..

liputan tidak rasmi oleh amatur hulu selangor pada siri catatan akan datang..peace..

Thursday, April 22, 2010

Jauhi mi segera elak penyakit kronik


bila sebut pasal mee segera..mesti semua orang pun terbayang maggi, pama, cintan, ruski...mee segera ini biasanya Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari. “Pengambilan mi segera boleh menyebabkan pengambilan garam yang berlebihan kerana natrium sering ditambah dalam makanan harian kita dan mi segera adalah makanan yang menjalani pelbagai peringkat pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan. “Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulen,” katanya pada sidang media semalam. (Sinar Harian).

sejarahnya bermula apabila pengasas Nissin, Momofuku Ando pengasas syarikat Nissin, sentiasa komited untuk menghasilkan produk yang bermutu dan kualiti tinggi dan itu adalah Falsafah syarikat Nissin. Mr Ando memulakan syarikat keluarga pada tahun 1948. Disebabkan selepas Perang Dunia II, sumber makanan sukar dijumpai , Mr Ando menyedari bahawa ramen (sejenis mee) akan membantu untuk membantu sumber makanan yang susah pada ketika itu. Tujuannya adalah untuk mencipta sebuah ramen memuaskan dan sedap yang boleh dimakan di mana saja dan pada bila-bila saja. Pada tahun 1958, Nissin memperkenalkan "Chicken Ramen", yang ramen segera pertama dan Ironisnya, mee itu dianggap sebagai makanan yang mewah.
hahahaha...makan mewah...sangatla zaman sekarang. :D (wink) zaman berlalu...mee segera kini dianggap makanan paling murah dan pastinya..semua rumah ada menyimpan mee segera untuk digunakan waktu terdesak..terutamanya hujung bulan..(betul ker?) ataupun memg giler makan mee segera.
namun begitu, walau pun dunia semakin canggih..semakin pantas..hidup kita bergerak juga sepnatas masa...tapi harus la kita ingat..bahawa hayat kita x seharusnya pergi sepantas itu..oleh itu, kurangkan @ elakkan makan mee segera..kerana amalan makan mee segera akan mengundang kesegeraan berbagai penyakit menyinggah di dalam tubuh kita..so ingat ye semua! (termausk la orang yang menulis nih)..

Thursday, March 25, 2010

LOVE Place to Go -Perhaps..

i'v got this message from my buddy in penang.. just want to share wit you all...hope u like it..and can start dreaming..which place to go for honeymoon..(sgat related ok..) :p. these are some of the ROMANTIC countries in the world...(maybe right).. :D

H.O.L.L.A.N.D - Hope Our Love Lasts And Never Dies




I.T.A.L.Y - I Trust And Love You









L.I.B.Y.A - Love Is Beautiful, You Also (huh! romantic ker negara nih....^_^ kui kui


and Favourite one...many couple admire to go this place




F.R.A.N.C.E - Friendship Remains And Never End


hurmmm...dah pilih mana nak pegi nih...selamat gembira semua.. :D

Wednesday, March 17, 2010

Warisan - Anak Kecil Main Api

satu masa dulu (lebih kurang 2 tahun lepas la) sedang saya berborak dengan satu pegawai nih (bla2 pasal motivasi diri) dia cadangkan dengar lagu ni..memang masa sekolah dulu antara lagu wajib yang harus dihafal ..memang hafal sampai sekrang pun...:D. menurutnya lagi ni bagus untuk kita mengingati asal-usul kita, dan pengajaran mengenai kesukaran, kesusahan, penderitaan nenek moyang kita mempertahankan negara, mendaulat bangsa..agama... berbanding zaman kini yang mana kebanyak pusaka warisan tidak dijaga, tanah digadai, kerukunan bangsa dicanai-canai..sampai lunyai la..agama dianak tirikan dari soal kehidupan..akhirnya maruah tergadai..siapa ..KITA JUGA...bayangkan generasi selepas kita...apa agaknye yang tinggal... maybe dah banyak yng migrate..banyak sebab (fikirla sendiri)..so jalankan tanggungjawab kita especially kita orang Melayu dan beragama ISLAM..so, sila hayati, dalami, ambil yang jernih, buang yang keruh..ok

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

so..gembira yer :D

10 Little Injuns VS 10 Budak Hitam

Pepagi ni sedang leka wat kerja at opis, teringat pulak kat beberapa lagu yang selalu nyayi masa zaman bebudak dulu..lagu ape tuh...hah! 10 budak hitam..lagu ni memang fun la..walaupun x berapa nak ade value dari segi moralnya..tapi memang happy...so orang yang happy je bleh nyanyi lagu nih..orang yang declare dirinya tengah bersedih, baik amik air wuduk...:D (afdal meh)..let's enjoy the song...tapi lyric je lak yang ade...belasah la ek..

Sepuluh Budak Hitam (sing by A. Romzi)

Sepuluh budak hitam
Main tepi jalan
Satu kenalah langgar
Budak hitam tinggal sembilan

Sembilan budak hitam
Main di atas papan
Satu sudahlah jatuh
Budak hitam tinggal lapan

Lapan budak hitam
makan sangat gelojoh
Satu senak perutnya kini tinggal tujuh

Tujuh budak hitam
main pula tanam-tanam
Satu sudah lemas tinggallah enam…

Enam budak hitam
Makan buah kurma
Satu tertelan biji
Budak hitam tinggallah lima

Lima budak hitam
Main lompat-lompat
Satu patah kakinya
Budak hitam tinggallah empat

Empat budak hitam
Main biji saga
Satu termasuk di hidungnya
Budak hitam tinggallah tiga

Tiga budak hitam
Usik orang tua
Satu kena belangkung
Budak hitam tinggallah dua

Dua budak hitam
main pula lempar batu
Satu jenduh kepalanya kini tinggal satu
Satu budak hitam
sangat pula susah hati
Dia tak mahu makan lalu mati

Hey budak hitam… budak hitam… budak hitam (ni kisah budak hitam yang malang agaknye)

so i found the origin ver. written by Septimus Winner in 1868 for a minstrel show (ehsan wikipedia). the song is...

Ten little Injuns standin' in a line,
One toddled home and then there were nine;
Nine little Injuns swingin' on a gate,
One tumbled off and then there were eight.
One little, two little, three little, four little, five little Injun boys,
Six little, seven little, eight little, nine little, ten little Injun boys.
Eight little Injuns gayest under heav'n.
One went to sleep and then there were seven;
Seven little Injuns cuttin' up their tricks,
One broke his neck and then there were six.
Six little Injuns all alive,
One kicked the bucket and then there were five;
Five little Injuns on a cellar door,
One tumbled in and then there were four.
Four little Injuns up on a spree,
One got fuddled and then there were three;
Three little Injuns out on a canoe,
One tumbled overboard and then there were two.
Two little Injuns foolin' with a gun,
One shot t'other and then there was one;
One little Injun livin' all alone,
He got married and then there were none. (mmmm..apa la nasib bebudak ni kan)


sebenarnya, lagu ni dah banyak sangat di elaborate...followed possibly by Frank J. Green in 1869 as "Ten Little Niggers. ada jugak yang version gajah...n mcm2 lagi..

so enjoy ye :D